Post Page Advertisement [Top]



Terlihat seorang awek berbaju hitam bercermin mata sedang memandang KLCC dengan penuh teruja. Aku melihat pandangannya tidak terlepas langsung dari bangunan kembar itu. Mungkin dia benar-benar teruja atau sedang menenangkan fikiran.

"There is a story about this building." Aku memulakan bicaraku setelah aku memutuskan untuk duduk bersebelahan dengannya. Dia memandang aku dan mengukir senyuman yang tampak ikhlas. Raut wajah keturunan kaukasi pada mukanya dan cara pemakaiannya menampakkan dia bukanlah orang tempatan.

"Is it? Well. I like this tower. Impressive." Dia memandang aku dengan penuh senyum pada diri. Dan memandang semula KLCC. Nampaknya dia belum berminat dengan cerita yang ingin aku sampaikan. Tak apa, Aku sambung cerita lain.

"On vacation?" aku yakin soalan ni akan membawa perbualan kami lebih jauh.

"Yea. wbu?" kali ni dia kelihatan semakin mesra. Mungkin sebab aku meneruskan perbualan.

"I am going to the movie theater." Nak pergi tengok movie konon. Dok sini dengan blonde ni lagi apa hal? Ok. Jujurnya, aku sebenarnya tidak ada sebarang perancangan untuk menonton wayang tetapi aku anggap ini sebagai satu niat yang tiba-tiba wujud. Bukan menipu ya.

"Great!...with your girlfriend?" Yeah. Dia tanya soalan kat aku. Aku memandang wajahnya kali ini sedikit lama. Senyum dan memandang menara berkembar yang telah lama diperhati oleh awek itu.

"Nope. Are you alone? Aku tanyakan soalan ini sebab dari tadi aku tengok dia seorang-seorang je kat situ.

"Yea. And I have nothing to do right now. " Awek itu memanjangkan ayatnya dengan satu tonasi berirama memohon ajakan.

"Do you mind if I invite you to seat next to me in the theater?" Ah sudah!. Aku tak tahu bahasa aku ni betul ke cincai. Tapi aku lantakkan aje. Aku rasa dia faham. Memang biasa, setiap kali aku mengajak mesti bahasa aku hancur sikit. Nervous. Takut orang reject.

"Be my guest. What movie are we going to see?" 

Awek kaukasi itu memandang aku dengan penuh harapan. Kini pandangannya tertumpu pada aku. Bukan lagi pada si kembar klcc. Aku berjaya. Dia terima ajakan aku. Dalam fikiranku aku ligat memikirkan cerita apa yang patut kami tonton. Dan tanpa rasa bersalah dan penuh yakin aku memilih cerita yang aku rasa kena dengan kami berdua. 

"Terbaik dari Langit."

"Fair enough." Dia mengangguk tanda setuju dan kami berdua meninggalkan keindahan bangunan kembar itu untuk menonton filem tempatan. 

1 comment:

4umyfans said...

Aku rasa bertuah baca kisah ni. Rasa macam nak cuba satu hari nanti.